PUTRAJAYA 2 Oktober 2026 (The Capital Post) – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) terus memberi perhatian kepada usaha memperkukuh pengurusan aduan awam sebagai sebahagian daripada langkah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Ketua Setiausaha KPK, YBhg. Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, menghadiri Majlis Apresiasi Penarafan Naziran Pengurusan Aduan Awam Peringkat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Tahun 2025 yang berlangsung di Kompleks F, Putrajaya, pada 1 Oktober lalu.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, sebagai platform untuk menghargai pencapaian serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan aduan awam.
Dalam ucapannya, KSN turut menekankan kepentingan memperluas penggunaan Aplikasi Respons Rakyat (RR) sebagai saluran maklum balas yang lebih inklusif dan mudah diakses oleh masyarakat.
-Advertisement-
Data daripada aduan awam juga dilihat penting untuk membantu mengenal pasti trend serta isu yang dihadapi rakyat, seterusnya menyokong usaha merangka penyelesaian yang lebih berkesan dan bersesuaian dengan keperluan semasa.
Seiring dengan perkara tersebut, KPK komited memperkukuh tadbir urus serta sistem penyampaian perkhidmatan yang responsif, berintegriti dan berorientasikan kepentingan rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam – The Capital Post