WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26837) ORDER BY meta_id ASC

KPKT sedia garis panduan operasi restoran - Reezal » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

KPKT sedia garis panduan operasi restoran – Reezal

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam proses menyediakan garis panduan operasi perniagaan premis makanan di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) ke arah fasa endemik negara.

-Advertisement-

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata garis panduan itu akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk penilaian sebelum diumumkan dan kemudian dipanjangkan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan PBT.

Katanya, perlu ada keseragaman dalam operasi perniagaan di seluruh negara untuk memudahkan rakyat dan peniaga yang mungkin memiliki cawangan di beberapa negeri.

Merujuk saranan Datuk Seri Najib Razak yang pernah menyuarakan pendapat perlu ada kelonggaran diberikan kepada pemilik restoran untuk menyediakan tempat makan di luar premis kerana ia sebenarnya dapat mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19, Reezal berkata, beliau bersetuju dengan saranan itu.

“Saya bersetuju dengan saranan ini, malah ia antara pelan pelaksanaan yang sedang disediakan dan diteliti oleh pihak kementerian ke arah fasa endemik di negara ini. Pastinya setiap saranan yang baik sentiasa diambil perhatian,” katanya dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

-Advertisement-

Oktober tahun lalu, bekas Perdana Menteri itu memberi pandangan, tempat makan di luar memberi pengudaraan lebih baik berbanding dalam premis, apatah lagi yang tertutup.

Turut berharap PBT segera mengeluarkan garis panduan yang jelas, Najib juga berpendapat peniaga yang menyediakan tempat makan di luar tidak perlu memohon lesen lesen atau dikenakan tindakan, namun mereka perlu mengikut garis panduan seperti tidak menghalang laluan dan sebagainya.

Reezal berkata, KPKT juga akan berbincang serta mendapatkan panduan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengenai sistem pengudaraan dalam premis terutama restoran berhawa dingin dan tidak memiliki ruang luar.

“Saya berharap kita semua sentiasa mematuhi dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana kerjasama semua akan dapat membawa kejayaan dalam memerangi pandemik ini,” katanya. -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC