KUALA LUMPUR 23 September 2026 (The Capital Post) – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menerima kunjungan hormat daripada Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Hj. Malek Razak Sulaiman di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman pada 21 September 2026.
Ketibaan PAT disambut barisan pengarah PDRM sebelum beliau diberi penghormatan memeriksa kawalan kehormatan yang diketuai DSP Mohd Farid Mohd Anuar dengan kekuatan tiga pegawai dan 102 anggota daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP).
Selesai acara berkenaan, PAT turut menyertai sesi bergambar sebelum menandatangani buku pelawat sebagai sebahagian daripada kunjungan hormat tersebut.
Pertemuan itu bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM, selain mempererat kerjasama serta hubungan baik yang telah terjalin dalam memastikan kepentingan keselamatan dan kesejahteraan negara terus dipelihara.
-Advertisement-
Turut hadir ialah Setiausaha Polis Malaysia, DCP Mohammad Mashdik Yahya, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Julina Salehuddin serta barisan pegawai kanan daripada kedua-dua agensi.
Kunjungan berkenaan mencerminkan komitmen berterusan ATM dan PDRM dalam memperkukuh hubungan serta kerjasama antara dua agensi keselamatan utama negara – The Capital Post