WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35733) ORDER BY meta_id ASC

KPT perlu rangka pelan pembangunan bakat, pembinaan kapasiti untuk tingkat kecekapan » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

KPT perlu rangka pelan pembangunan bakat, pembinaan kapasiti untuk tingkat kecekapan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu mempunyai pelan pembangunan bakat dan pembinaan kapasiti yang baik untuk meningkatkan kecekapan, kemahiran, tahap profesionalisme dan kecemerlangan kakitangannya.

-Advertisement-

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pendedahan terhadap ilmu dan perkembangan baharu seharusnya dijadikan budaya di kementerian itu.

“Dalam dunia yang pantas berubah, apa kita tahu semalam dan hari ini akan menjadi tidak relevan atau ketinggalan dalam sekelip mata. Laporan Forum Ekonomi Dunia bulan lepas menyebut dalam tempoh lima tahun akan datang, kira-kira 41 peratus daripada tenaga kerja yang ada dalam industri mesti dilatih semula.

“Walaupun laporan tersebut menyebut secara khusus pekerja industri, saya percaya bahawa keperluan tersebut turut terpakai kepada kakitangan kementerian dan sektor awam,” katanya berucap pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan KPT Tahun 2022, hari ini.

Perkembangan sektor pendidikan tinggi dan sistem penyampaian secara umumnya telah menuntut agar warga KPT menjadi kakitangan yang cakna dan berkebolehan.

Justeru, beliau menyarankan agar pengurusan kementerian memandang serius keperluan untuk sentiasa memberikan latihan terbaik kepada warga KPT.

-Advertisement-

“Dan latihan atau pembangunan kapasiti ini tidak semestinya dilakukan dengan agensi kerajaan, tetapi dengan mana-mana sahaja agensi berprestasi tinggi sama ada badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat ataupun gerakan sivil sama ada dari dalam atau luar negara,” katanya.

Pada majlis itu seramai 120 orang kakitangan KPT diraikan terdiri daripada sembilan orang penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang, 108 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan tiga penerima Anugerah Kecemerlangan Perdana yang pertama kali diperkenalkan.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Abdul Razak Jaafar; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Dr Azlinda Azman dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohd Zahari Ismail.

-Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (39383,39372,39368,39365) ORDER BY meta_id ASC