WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (2065) ORDER BY meta_id ASC

Kuala Lumpur cipta hatrik » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kuala Lumpur cipta hatrik

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Kuala Lumpur berjaya mencipta hatrik apabila muncul juara Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan ke-41 selepas menewaskan Perak 53-35 dalam aksi final, di Stadium Juara Bukit Kiara di sini, hari ini.

-Advertisement-

Pada awal permainan, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan seimbang dan Kuala Lumpur sekadar mendahului 16-13 pada suku pertama, sebelum bangkit di suku kedua untuk kedudukan 32-21 berpihak kepada pasukan ibu kota.

Skuad Kuala Lumpur terus mengekalkan rentak permainan di suku ketiga untuk menjarakkan kedudukan kepada 44-26, sebelum menamatkan permainan dengan jurang 53-35 di suku keempat.

Jurulatih Kuala Lumpur, Norizan Rajab berkata beliau bersyukur skuadnya menunjukkan prestasi yang baik dan konsisten, daripada peringkat kumpulan sehingga ke pentas akhir perlawanan.

“Kami berjaya mengekalkan rekod bersih (tanpa kekalahan) pada kejohanan kebangsaan kali ini dan berjaya mengekalkan kejuaraan dari 2017 sehingga sekarang.

-Advertisement-

“Satu kejayaan amat cemerlang untuk pasukan Kuala Lumpur, dan ini memberi suntikan semangat dalam persediaan kami ke Sukan Malaysia (Sukma) 2020 di Johor,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan akhir berkenaan.

Sementara itu, Johor menamatkan saingan di tempat ketiga manakala Terengganu menghuni tempat keempat.

Dalam pada itu, pemain Perak, Yap Suo Kuen dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan manakala Pertahanan Terbaik menjadi milik Arifatun Najibah Najib dari Johor.

Selain bergelar juara, Kuala Lumpur turut meraih dua gelaran menerusi Nur Amisya Khairud Din yang dipilih sebagai Penyerang Terbaik manakala Nurdiyanah Noor Sabbadinee merangkul anugerah Penjaring Gol Terbanyak dengan 194 gol.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC