BANGKOK, 28 Mei 2026 (The Capital Post) – Misi Perdagangan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ke Bangkok melabuhkan tirai hari kedua dengan penganjuran Majlis Makan Malam bersama warga Malaysia, pempamer, wakil industri, diaspora Malaysia serta dewan perdagangan antarabangsa sempena THAIFEX-Anuga Asia 2026 di InterContinental Bangkok.
Majlis tersebut menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan antara komuniti perniagaan Malaysia dan rakan industri antarabangsa, selain membuka ruang penerokaan kerjasama baharu serta peluang perluasan pasaran bagi usahawan tempatan di peringkat global.
Dalam majlis berkenaan, penghargaan turut disampaikan kepada para peserta dan rakan strategik sebagai tanda pengiktirafan terhadap sokongan berterusan dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan negara serta usaha membawa jenama Malaysia ke pasaran antarabangsa.
-Advertisement-
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menzahirkan harapan agar jaringan kerjasama yang terjalin antara pemain industri, komuniti perniagaan dan diaspora Malaysia dapat terus diperkukuh bagi memacu pertumbuhan ekonomi serta perdagangan negara. – The Capital Post