WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33527) ORDER BY meta_id ASC

KWSP hanya 'ubat tahan sakit' jangka pendek » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

KWSP hanya ‘ubat tahan sakit’ jangka pendek

Estimate Reading Time: 2 minutes

PETALING JAYA, 23 Mar 2023 (The Capital Post) : Antara popular dan masa depan pencarum, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya memilih tidak menjadi popular apabila menegaskan kerajaan tidak membenarkan lagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

-Advertisement-

Namun, sebahagian masih menaruh harapan ‘kalau-kalau’ Anwar yang juga Menteri Kewangan sedia mempertimbangkan pengeluaran itu bagi mendepani Ramadan, seterusnya buat persiapan Aidilfitri.

Tidak dinafikan, harapan pencarum itu berasas terutama bagi individu kehilangan kerja, belum ada kerja tetap atau tidak mampu bekerja kerana penyakit atau menjadi mangsa bencana seperti banjir baru-baru ini.

Walaupun beberapa pertubuhan meminta kerajaan membenarkan pencarum berbuat demikian, seperti disuarakan pakar kewangan, persatuan perniagaan dan ekonomi, langkah itu dianggap bukan terbaik pada masa ini, sebaliknya pemberian subsidi bersasar dan bantuan lain lebih berkesan membantu individu memerlukan.

Ketika lebih separuh ahli KWSP mempunyai kurang RM10,000 caruman, pengeluaran khas caruman sekali lagi dilihat tidak harus dibenarkan kerana boleh menyebabkan lebih ramai pencarum bersara di bawah paras garis kemiskinan.

Ironinya, menggunakan wang persaraan pada masa ini umpama mengambil ‘ubat penahan sakit’ untuk jangka pendek. Namun, ramai pencarum melihat simpanan KWSP sebagai ‘penyelamat segera’ bagi mendapatkan tunai secara mudah demi mendepani kelangsungan hidup.

Galak rakyat ceburi ekonomi gig

Tidak dinafikan, masih ramai pencarum terkesan akibat COVID-19, dan ada belum memperoleh pekerjaan baharu selepas diberhentikan ketika penularan pandemik memuncak, sedangkan mereka mempunyai komitmen tinggi melunaskan pembiayaan.

Namun, pelbagai pendekatan tidak bersandarkan bantuan tunai masih boleh diambil kerajaan termasuk bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bagi menawarkan peluang pekerjaan bersesuaian kemahiran dan kelulusan kepada mereka terjejas.

Menerusi pendekatan ini, kerajaan memberikan insentif kepada syarikat bersedia menggaji mereka yang masih menganggur. Ia pernah dilaksanakan kerajaan terdahulu tetapi syarikat berkaitan diberikan insentif tunai.

-Advertisement-

Kerajaan boleh memberi insentif menerusi pemotongan cukai jika syarikat berkaitan membuka peluang pekerjaan. Pendedahan dengan kemahiran baharu dan teknikal boleh meningkatkan kebolehpasaran pekerja juga wajar diperhebatkan.

Mereka yang minat berniaga atau perniagaan terjejas akibat COVID-19 wajar diberi bantuan oleh agensi berkaitan dari segi latihan dan peralatan selain modal.

Kerajaan juga patut menggalakkan rakyat menceburi ekonomi gig atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menyediakan modal permulaan sebagai pendekatan menjana kembali ekonomi rakyat.

Selain itu, pusat pengurusan zakat patut meningkatkan membantu golongan terkesan dengan memperluas pemberian bantuan kepada asnaf baharu terutama terjejas pendapatan ketara akibat impak COVID-19 dan inflasi.

Bagi menangani masalah bebanan bayaran balik pinjaman semakin meningkat berikutan kenaikan kadar faedah dan kadar faedah semalaman (OPR), institusi perbankan wajar menawarkan semula moratorium bersasar.

Pensyarah Kanan Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka

-BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC