Lelaki British panjat pencakar langit Korea Selatan ditahan

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEOUL: Pihak berkuasa Korea Selatan memaksa seorang lelaki Britain berhenti selepas separuh pendakian Menara Dunia Lotte setinggi 123 tingkat tanpa menggunakan tali, bangunan kelima tertinggi di dunia, hari ini.

-Advertisement-

Lelaki berusia 24 tahun itu dilaporkan hanya memakai seluar pendek sambil mendaki mercu tanda pencakar langit selama lebih sejam ketika anggota polis dan bomba berkumpul di bawah.

Setibanya di tingkat 73, pihak berkuasa memaksanya masuk ke dalam jentera penyelenggaraan dan memasuki bangunan itu, kemudian ditahan oleh polis untuk disoal siasat.

Bagaimanapun polis enggan memberikan sebarang kenyataan. Akhbar Chosun Ilbo mengenal pasti lelaki itu sebagai George King-Thompson.

Media British melaporkan dia dipenjarakan kerana memanjat bangunan Shard di London pada 2019.

-Advertisement-

Pada 2018, polis menahan “French Spiderman” Alain Robert selepas lebih separuh pendakian Menara Dunia Lotte.

– REUTERS

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373