SEPANG 4 Oktober 2026 (The Capital Post) – Penganjuran Litar Rasa MADANI sempena F1 Bahrain GP 2026 di Litar Antarabangsa Sepang terus membuka peluang ekonomi kepada usahawan mikro menerusi kehadiran pengunjung di kawasan G Hillstand.
Memasuki hari kedua penganjuran semalam, suasana di G Hillstand kekal meriah dengan kehadiran orang ramai yang turut memberikan sambutan menggalakkan kepada penjaja mikro yang menjalankan perniagaan di lokasi berkenaan.
Rata-rata peniaga mikro yang mengambil bahagian menyatakan rasa syukur dan gembira dengan sambutan yang diterima sepanjang acara berlangsung.
Penganjuran Litar Rasa MADANI bukan sahaja menawarkan pengalaman berkaitan acara sukan dan perlumbaan, malah menyediakan ruang kepada peniaga kecil untuk memperoleh manfaat ekonomi daripada perbelanjaan pengunjung.
-Advertisement-
Program berkenaan berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026 di G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang, dengan hari terakhir penganjuran dijadualkan berlangsung hari ini.
Kehadiran pengunjung sepanjang acara turut memberi peluang kepada usahawan mikro memperkenalkan produk serta mengembangkan perniagaan mereka menerusi limpahan ekonomi daripada penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa – The Capital Post