Liverpool kena ‘hampir sempurna’ jika mahu cabar City

Estimate Reading Time: 2 minutes

LONDON: Trent Alexander-Arnold menegaskan Liverpool tidak boleh membuat sebarang kesilapan jika mahu mencabar Manchester City merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan.

-Advertisement-

The Reds bergelut pada kempen musim lalu, terlepas kelayakan ke Liga Juara-Juara selepas berakhir di tangga kelima – jauh 22 mata di belakang juara City.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp turut tersingkir pada pusingan keempat Piala FA dan Piala Liga selain pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

-Advertisement-

Alexander-Arnold memberitahu Sky Sports, Liverpool mesti berakhir lebih baik daripada tangga kelima pada 2023-24.

“Saya fikir sebagai sebuah kelab adalah penting untuk berterus terang. Kami menghormati setiap pertandingan yang kami sertai tetapi jika anda tanya kami pada ketika ini tahun lalu, adakah anda mahu penamat kelima, kami akan berkata tidak dan ia sama juga dengan sekarang.

Jurgen Klopp memberikan Trent Alexander-Arnold peranan di bahagian tengah pada hujung kempen musim lalu. – Foto AFP
Jurgen Klopp memberikan Trent Alexander-Arnold peranan di bahagian tengah pada hujung kempen musim lalu. – Foto AFP

“Adakah kami mahukan penamat kelima musim depan? Tidak. Kami mahu memenangi liga, kami mahu mencabar dan berada dalam perebutan kejuaraan serta Liga Juara-Juara jadi jika tidak melakukannya musim depan nyata ia amat menyedihkan.

“Kami tahu bagaimana untuk memenangi liga, kami tahu bagaimana untuk mencabar City dan bersaing rapat dengan mereka dan anda perlu menghampiri kesempurnaan sepanjang musim jika mahu ia terjadi.”

Alexander-Arnold juga berkata, dia gembira untuk terus bermain di bahagian tengah seperti yang ditugaskan Klopp pada hujung musim lalu.

“Saya hanya akan bermain di situ apabila saya diminta jadi anda tahu saya seronok bermain bola sepak, saya seronok beraksi di pertahanan kanan, saya seronok bermain di tengah,” katanya.

Klopp sudah melengkapkan dua pembelian pada jendela perpindahan musim panas ini untuk mengukuhkan bahagian tengahnya.

Perancang tengah Brighton dari Argentina, Alexis Mac Allister tiba dengan harga £35 juta (RM211 juta) bulan lalu selain pemain tengah RB Leipzig, Dominik Szoboszlai yang dibeli dengan harga £60 juta (RM362 juta).

– AGENSI

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5427