Lori tangki terbakar dekat Menora, trafik sesak

Estimate Reading Time: < 1 minute

IPOH- Sebuah lori tangki membawa muatan minyak terbakar di KM265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) (arah utara), sebelum Terowong Menora pagi ini.

-Advertisement-

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.16 pagi tadi sebelum jentera dan anggota dari balai Meru Raya dikejarkan ke lokasi.

Katanya sebaik tiba, didapati lori tangki itu sedang terbakar 60 peratus.

“Selain Balai Meru Raya, usaha memadam kebakaran ketika ini turut dibantu oleh anggota dan jentera dari Balai Kuala Kangsar serta Ipoh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

-Advertisement-

Sementara itu, jurucakap PLUS berkata orang ramai yang ingin ke utara dinasihat supaya menggunakan laluan alternatif dengan keluar di susur Plaza Tol Ipoh Selatan kerana trafik kini mengalami kesesakan agak teruk.

“Untuk ke utara, pihak PLUS menutup sebahagian jalan berdekatan lokasi kebakaran, manakala untuk ke selatan, lorong kanan ditutup untuk memudahkan usaha memadam api,” katanya ketika dihubungi Bernama.- BERNAMA


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5279