Makan kenduri saya, masuk neraka – Shaik Hussein Mydin

Estimate Reading Time: < 1 minute

BUTTERWORTH: Calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua, Datuk Dr Shaik Hussein Mydin terkejut apabila mendapat makluman, ada seorang ustaz memberitahu mereka jika makan kenduri yang dianjurkan pihaknya, akan masuk neraka.

-Advertisement-

Beliau berkata, perkara berkenaan diberitahu segelintir orang kampung di kawasan tempatnya bertanding dan itu sangat mengejutkan.

Apatah lagi, katanya, dakwaan itu bukan dibuat di Kelantan tetapi di Sungai Dua, satu kawasan kecil dalam Pulau Pinang.

“Kenduri itu, saya tak masak pun. Orang kampung yang masak dan ini bukan berlaku di Kelantan pun tetapi ini di Pulau Pinang iaitu Sungai Dua (Tasek Gelugor).

“Bila ada ustaz (dari PAS) kata siapa makan kenduri Datuk Shaikh akan masuk neraka, saya terkejut dan orang kampung juga marah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-Calon Perpaduan di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, di sini, malam tadi.

Hampir keseluruhan pimpinan tertinggi dari Pakatan Harapan dan BN terdiri daripada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng serta Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hadir pada majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Shaikh berkata, beliau kemudian memberitahu kepada penduduk bahawa pihak mereka akan menganjurkan majlis kenduri lebih besar dan akan menjemput semua orang dari kampung untuk beraya.

-Advertisement-

“Lagipun anak muda sudah bosan dengan retorik Perikatan Nasional (PN) dan saya yakin kita boleh menang.

“Kita akan buktikan Kerajaan Perpaduan ini akan menerajui Malaysia untuk tempoh yang lama,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, Shaikh menentang calon PN yang juga Pesuruhjaya PAS negeri Muhammad Fauzi Yusoff.

Sementara itu, Pengerusi BN negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dalam pentas sama memaklumkan bbukan PAS yang menentukan siapa yang pergi ke syurga atau neraka.

“Ini Allah yang menentukannya bukan PAS,” katanya.

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373