WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (2566) ORDER BY meta_id ASC

Malaysia bangkit lengkap kemenangan gemilang ke atas Thailand » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Malaysia bangkit lengkap kemenangan gemilang ke atas Thailand

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR- Malaysia melakar kemenangan penting dalam perlawanan Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, selepas Harimau Malaya menewaskan Thailand 2-1 dalam perlawanan aksi Kumpulan G yang mengujakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.

-Advertisement-

Muhamadou Sumareh menjaringkan gol pada minit ke-56 untuk melengkapkan kebangkitan semula sekali gus kejayaan Malaysia berikutan aksi menarik di separuh masa kedua oleh pasukan anak didik Tan Cheng Hoe.

Pasukan Gajah Perang di bawah kendalian jurulatih Jepun, Akira Nishino bermula dengan baik, mengasak dan mendahului selepas tujuh minit perlawanan melalui jaringan Chanatip Songkrasin.

Skuad Harimau Malaya kekal tenang sehingga pihak lawan melakukan serangan bertali arus sebelum Brendan Gan menyamakan kedudukan selepas menyempurnakan hantaran pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Mohamed Syamer Kutty yang melakukan hantaran bijak pada minit ke-26.

Kemenangan itu merupakan kejayaan kedua Malaysia dalam kempen Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas tewas kepada Vietnam manakala Thailand mencatatkan kekalahan sulung mereka.

Dalam perlawanan malam ini, Cheng Hoe melakukan beberapa perubahan dalam barisan permulaannya selepas tewas dengan Vietnam di Hanoi, bulan lepas, apabila Khairulazhan Mohd Khalid menggantikan Mohd Farizal Marlias sebagai penjaga gol, Muhammad Syahmi Safari menggantikan Matthew Davies manakala Muhammad Syafiq Ahmad mengambil tempat Norshahrul Idlan sebagai penyerang.

-Advertisement-

Perubahan itu nyata membuahkan hasil apabila berjaya menghasilkan pendekatan serangan berkualiti dan prestasi pertahanan yang lebih baik kerana Harimau Malaya berjaya mengawal permainan sepanjang 90 minit perlawanan.

Bagaimanapun Thailand yang menduduki tangga ke-109 dalam ranking dunia mempunyai peluang emas untuk sekurang-kurangnya seri pada minit ke-81 tetapi Khairulazhan berjaya mempertahankan gawang gol Malaysia untuk menafikan percubaan Supachok Sarachat.

Malaysia mempunyai peluang pada saat-saat akhir untuk menambah gol tetapi kedudukan itu kekal, kemenangan 2-1 bagi Malaysia.

Dalam perlawanan Kumpulan G malam ini, Vietnam menewaskan UAE 1-0 di Stadium Nasional My Dinh untuk berada di kedudukan teratas kumpulan dengan 10 mata.

Malaysia kini menduduki tempat keempat berkongsi enam mata dengan UAE manakala Thailand di kedudukan kedua dengan tujuh mata.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC