Malaysia-Maldives Perkukuh Hubungan Dua Hala

Estimate Reading Time: < 1 minute

MALÉ 15 SEPTEMBER 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim tiba di Izzudheen Faalan, Malé pagi ini bagi memulakan lawatan rasmi ke Maldives, yang dijangka memperkukuh hubungan persahabatan serta kerjasama antara kedua-dua negara.

Ketibaan Anwar disambut Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu sebelum beliau bergerak ke Republic Square untuk menghadiri upacara sambutan rasmi dan pemeriksaan kawalan kehormatan oleh Maldives National Defence Force.

Upacara tersebut turut diserikan dengan alunan lagu kebangsaan Malaysia dan Maldives sebagai simbol hubungan erat antara kedua-dua negara.

Selepas upacara sambutan, Anwar bersama delegasi Malaysia meneruskan perjalanan ke Pejabat Presiden bagi mengadakan pertemuan dengan delegasi Maldives untuk membincangkan perkara berkepentingan bersama.

-Advertisement-

Menurut Anwar menerusi kenyataan di Facebook, lawatan berkenaan menjadi antara detik penting dalam hubungan Malaysia-Maldives yang telah terjalin sejak kedua-dua negara memulakan hubungan diplomatik pada 1968.

Beliau berharap kunjungan tersebut dapat memperkukuh hubungan dua hala serta membuka peluang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang yang mampu memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia dan Maldives – The Capital Post