WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (1731) ORDER BY meta_id ASC

Malaysia tuan rumah Perhimpunan ASEANSAI kelima pada 6-7 Nov » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Malaysia tuan rumah Perhimpunan ASEANSAI kelima pada 6-7 Nov

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi Perhimpunan Pertubuhan Audit Negara Asia Tenggara (ASEANSAI) kelima yang akan diadakan di ibu negara pada 6 hingga 7 Nov depan.

-Advertisement-

Menurut Jabatan Audit Negara dalam kenyataan hari ini, perhimpunan yang dianjurkan pihaknya itu akan dihadiri lebih 100 peserta daripada 10 buah negara anggota serta pemerhati dari sekretariat ASEAN, pejabat Audit Negara China dan pegawai kanan Jabatan Audit Negara.

“Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail akan menyampaikan ucaptama seterusnya merasmikan perhimpunan itu pada 6 Nov ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, perhimpunan kali ini menyaksikan Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid akan mengambil alih jawatan Pengerusi ASEANSAI bagi tempoh 2019 sehingga 2021.

Perhimpunan itu antara lain akan membincangkan pencapaian aktiviti untuk tahun lepas dan tahun ini serta aktiviti yang dirancang bagi tahun depan dan 2021 oleh empat jawatankuasa tetap ASEANSAI.

-Advertisement-

Dalam pada itu, Mesyuarat Teknikal antara Badan Pemeriksaan Keuangan Republik Indonesia dan Jabatan Audit Negara akan diadakan pada 4 dan 5 Nov ini yang akan membincangkan perkembangan aktiviti dua hala semasa serta akan datang dalam bidang pengauditan sektor awam.

“Pada 5 Nov, Mesyuarat Penyelarasan Penderma yang dipengerusikan oleh Sekretariat ASEANSAI akan diadakan bagi membincangkan kerjasama strategik dengan rakan pembangunan untuk menyokong aktiviti ASEANSAI,” maklum kenyataan itu.

Ditubuhkan pada November 2011 di Bali, Indonesia, ASEANSAI merupakan sebuah pertubuhan serantau yang dianggotai 10 orang Ketua Audit Negara setiap negara ASEAN termasuk Malaysia.

Menurut kenyataan itu, pertubuhan tersebut bertujuan menggalakkan tadbir urus yang baik dalam kalangan institusi audit negara ASEAN melalui pembangunan kapasiti, kerjasama teknikal dalam kalangan anggota serta kolaborasi dengan organisasi antarabangsa lain berhubung pengauditan sektor awam.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC