WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30470) ORDER BY meta_id ASC

Mangsa kemalangan perlu dapat pampasan automatik » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Mangsa kemalangan perlu dapat pampasan automatik

Estimate Reading Time: 2 minutes

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman penting hari ini, memutuskan mangsa kemalangan perlu diberi pampasan secara automatik tanpa perlu menyaman syarikat insurans.

-Advertisement-

Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Abdul Rahman Sebli dalam keputusannya, berkata tujuan dan objektif Akta Pengangkutan Jalan 1987, adalah untuk melindungi pihak ketiga yang tidak bersalah terhadap risiko yang timbul daripada penggunaan kenderaan.

Dalam penghakiman setebal 150 muka, beliau berpendapat kepentingan yang bercanggah perlu diselesaikan dengan memihak kepada mangsa kemalangan pihak ketiga yang tidak bersalah.

Katanya, akta itu perlu mengimbangi pihak yang bercanggah.

“Yang pertama adalah untuk melindungi pihak ketiga yang tidak bersalah daripada sebarang risiko, manakala di sebelah pihak lagi, undang-undang perlu melindungi syarikat insurans daripada menjadi mangsa kepada tuntutan tipu,” katanya.

Abdul Rahman berkata, mahkamah dalam menangani tuntutan ganti rugi oleh mangsa kemalangan pihak ketiga tidak boleh menutup sebelah mata terhadap fakta bahawa syarikat insurans sudah menerima bayaran untuk mengeluarkan polisi insurans risiko pihak ketiga kepada pihak yang diinsuranskan.

“Selepas menerima bayaran itu, syarikat insurans tidak boleh berpaling ke arah lain dan meninggalkan janjinya untuk menanggung rugi pihak yang diinsuranskan apabila indemniti perlu dibayar dengan membangkitkan alasan teknikal iaitu pihak yang diinsuranskan tidak mempunyai kepentingan boleh insurans dalam kenderaan bermotor pada masa kemalangan, melainkan jika polisi insurans sudah tamat tempoh atau ditamatkan secara sah,” katanya

-Advertisement-

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan membabitkan lapan pengguna kenderaan, yang mana tujuh daripada pemohon cedera dalam kemalangan.

Dalam lapan rayuan itu, lima membabitkan Pacific & Orient Insurance Co Berhad, manakala tiga lain adalah Amgeneral Insurance Berhad, Allianz General Insurance Company (M) Bhd dan Malaysian Motor Insurance Pool.

Pada prosiding itu, mangsa kemalangan diwakili peguam Ganavathy Naidu, Harjeet Singh Sidhu, Rajan Ayyapan, Adrian Thambyrajah, Manoharan Veerasamy, G Ravichandran, BP Jayaprathap dan GK Ganesan.

Syarikat insuran pula diwakili peguam RK Nathan, Vinod Kamalanathan, Silva Velu, Reuben Netto, VK Dasaratha Raj dan R Ratha Davi.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC