KUALA LUMPUR- MCA meminda perlembagaannya bagi membenarkan kalangan bukan kaum Cina menjadi anggota ahli bersekutu parti itu, di samping menurunkan umur minimum keanggotaan daripada 18 kepada 16 tahun.
-Advertisement-
Pindaan itu diluluskan dengan undi suara majoriti daripada 1,499 perwakilan yang hadir di Perhimpunan Agung MCA ke-66 di sini hari ini.
Perhimpunan Agung itu dirasmikan oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan yang turut hadir ialah Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
-Advertisement-
MCA adalah salah satu parti komponen Barisan Nasional.- BERNAMA