WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32722) ORDER BY meta_id ASC

MCMC bina menara komunikasi baharu di Padang Serai » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

MCMC bina menara komunikasi baharu di Padang Serai

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 1 Dec 2022 (The Capital Post): Masalah talian komunikasi yang dihadapi kira-kira 8,000 penduduk di lima kampung di Padang Serai, Kedah, akan diatasi dengan pembinaan satu menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negera (JENDELA) .

-Advertisement-

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan media, hari ini, berkata projek itu akan siap dalam tempoh setahun, sekali gus dapat menambah baik kualiti liputan yang dihadapi selama ini.

Katanya, MCMC yang menerima aduan berhubung masalah berkenaan pada 28 November lalu, mengambil tindakan segera dengan mengadakan tinjauan dan menyantuni wakil penduduk di lima kampung iaitu Taman Bunga Raya, Taman Raya Indah, Taman Raya Murni, Kampung Padang serta Kampung Nesa.

“MCMC dengan kerjasama Kerajaan Kedah bertemu wakil penduduk bagi mengetahui masalah dihadapi.

“Pihak kami sudah memasukkan kawasan berkenaan dalam perancangan bagi pelaksanaan satu struktur menara komunikasi baharu di bawah JENDELA sebagai langkah penyelesaian untuk menambah baik kualiti liputan dan dijangka siap dalam tempoh setahun,” katanya.

-Advertisement-

Katanya, bagi penyelesaian interim, pihak penyedia perkhidmatan turut diminta menjalankan pengoptimuman di menara komunikasi sedia ada yang terletak berhampiran dalam masa seminggu bagi menambah baik kualiti liputan di lokasi berkenaan.

“Pihak MCMC sentiasa memantau pelaksanaan kerja pengoptimuman dijalankan pihak penyedia perkhidmatan dan juga memastikan struktur menara komunikasi baharu yang dirancang dapat dilaksanakan segera,” katanya. –

– BERNAMA -BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC