Media Prima raih 12 anugerah Anugerah Kewartawanan Kelantan 2023

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA BHARU: Kumpulan Media Prima Berhad mengungguli malam Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan (MAKK) 2023 x Kepenggunaan dengan memenangi 12 anugerah menerusi lapan kategori, malam tadi.

-Advertisement-

Wartawan sambilan Harian Metro, Syaherah Mustafa mendapat tempat pertama bagi kategori Anugerah Laporan Khas Terbaik (Cetak/Portal) dengan laporan ‘Sampai Sana Bulu Roma Meremang’.

Bagi kategori itu juga, wartawan sambilan NST, Sharifah Mahsinah Syed Abdullah dan wartawan BH, Nor Fazlina Abdul Rahim masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima.

Sementara itu, bagi kategori Anugerah Penulisan Rencana Terbaik (Cetak/Portal), Nor Fazlina dan Syaherah turut mendapat tempat kedua dengan laporan ‘Tampal Isi Tubuh Pada Payudara Dan Kulit Perut Bentuk Organ Baharu’.

Syaherah turut mendapat tempat ketiga bagi laporan rencana ‘Bariatrik Kaedah Selamat’ yang memperoleh wang tunai RM1,000, sijil dan plak.

Bagi kategori Anugerah Foto Esei Terbaik dimenangi oleh Siti Rohana Idris yang mendapat tempat ketiga dan jurugambar sambilan, Nik Abdullah Nik Omar tempat keempat.

-Advertisement-

Nik Abdullah juga mendapat tempat pertama bagi Anugerah Foto Cemerlang Terbaik dengan gambar ‘Sawah Kian Merekah’.

TV3 dan TV9 turut mendapat beberapa anugerah termasuk bagi kategori Anugerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan yang dimenangi oleh Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi dan Nik Zaidi Abu Bakar.

Jurugambar sambilan TV3, Ahmad Faris Abdul Halim mendapat tempat pertama dan kedua bagi kategori Laporan Khas TV Terbaik masing-masingdengan laporan ‘Memaknakan Rahmat Korban’ dan ‘Pillbox Di Kelantan’ yang membawa pulang wang tunai RM5,000 dan RM3,000, sijil serta plak.

Jurugambar sambilan TV3, Nor Akmaliah Razak mendapat tempat kelima bagi kategori Anugerah Visual Berita TV Terbaik.
-BeritaHarian


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373