MOSTI Anjur Sesi Sembang Santai Bil. 11/2026

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 24 Julai 2026 (The Capital Post) – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus memperkukuh budaya pembelajaran dan perkongsian ilmu dalam kalangan warga kerjanya menerusi penganjuran Sesi Sembang Santai Bil. 11/2026 yang berlangsung di Atrium Peterana.

Program tersebut dihadiri oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Dato’ Ts. Nagulendran Kangayatkarasu bersama warga kementerian sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk budaya kerja yang positif.

Acara dimulakan dengan aktiviti Senaman X-Break yang bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan meningkatkan tahap kecergasan dalam kalangan kakitangan sebelum diteruskan dengan sesi perkongsian ilmu.

Pada sesi tersebut, Peguam Kanan Persekutuan Unit Perundangan, Puan Adlina Nujumudin menyampaikan ceramah bertajuk “Due Diligence: Sebelum Menunding Jari” yang menekankan kepentingan menjalankan penelitian dan semakan secara menyeluruh sebelum membuat sebarang keputusan, tindakan atau kesimpulan.

-Advertisement-

Perkongsian itu memberi pendedahan kepada peserta mengenai amalan due diligence sebagai elemen penting dalam memastikan setiap keputusan dibuat secara berhemah, berlandaskan fakta dan mematuhi aspek perundangan serta tadbir urus yang baik.

MOSTI berharap penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan sebagai medium memperkukuh budaya pembelajaran berterusan, meningkatkan perkongsian pengetahuan dan mengukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan warga kementerian. – The Capital Post