WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (26590) ORDER BY meta_id ASC

MoU kerajaan, PH buka keyakinan pelabur asing baharu » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

MoU kerajaan, PH buka keyakinan pelabur asing baharu

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH), semalam, akan membuka keyakinan pelabur asing baharu untuk mengintai peluang di Malaysia, kata penganalisis ekonomi.

-Advertisement-

Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, berkata negara kini memerlukan pelaburan asing bernilai besar, sekali gus menambah pelaburan sedia ada untuk merancakkan semula sektor ekonomi.

Beliau berkata, pemeteraian MoU itu juga akan mempengaruhi keyakinan pelabur dalam pasaran saham yang sebelum ini mengalami prestasi tidak menentu akibat ketidakstabilan politik dalaman negara.

“Ia turut dijangka mengembalikan kestabilan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, di samping mewujudkan keyakinan bukan saja dalam kalangan pelabur, malah rakyat terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya kepada Bernama.

Mohammad Tawfik menyifatkan MoU itu sebagai tindakan luar biasa, yang sebelum ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana blok pentadbiran Kerajaan Persekutuan, dan kini ia dilaksanakan kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

“Pada pandangan saya, sukar untuk mana-mana kerajaan membuka ruang dan menghulurkan salam perdamaian politik.

“Ini menunjukkan kerajaan pimpinan Ismail Sabri sangat terbuka, komited dan mengutamakan suara rakyat,” katanya.

Beliau berkata, meskipun penggal Parlimen ke-14 hanya berbaki satu tahun enam bulan, pembangkang dilihat turut menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu kerajaan merealisasikan pelbagai usaha memerangi pandemik dan memulihkan ekonomi negara.

“Bagi saya, yang penting ialah adanya perancangan jelas untuk memberi impak jangka panjang dan pendek kepada pemulihan ekonomi negara.

“Paling penting, ekonomi perlu dipulihkan biar siapa pun yang mentadbir urus kerajaan. Setiap impak dasar pemulihan, khususnya dari segi ekonomi, wajib mengubah kehidupan rakyat agar menjadi lebih baik dan keluar daripada kesukaran hidup serta kemelaratan,” katanya.

-Advertisement-

Mohammad Tawfik turut berpandangan, bantuan kerajaan tidak boleh lagi berbentuk sekali bayar, sebaliknya perlu dalam bentuk menyediakan persekitaran kerja dan ekonomi yang bersifat berdikari kepada rakyat.

Sebagai contoh, beliau berkata, penyediaan peluang keusahawan, pengecualian cukai, bantuan peralatan untuk perniagaan serta pertanian moden khususnya di kawasan bandar.

“Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban belanja dapur harian melalui kebun bandar di rumah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yakin usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) serta peniaga kecil baharu dan sedia ada akan meraih manfaat besar sekiranya kesemua tawaran terbabit berjaya direalisasikan sepenuhnya.

“Mereka terdiri daripada kumpulan B40 yang merupakan peringkat asas kepada rantaian ekonomi lain pada peringkat lebih tinggi.

“Jika peringkat asas ekonomi diperkukuh semula, kita dapat mengembalikan kestabilan dan merancakkan pemulihan dalam pelbagai sektor ekonomi di Malaysia,” katanya.

Semalam, Kerajaan Persekutuan dan PH melakar sejarah negara apabila buat pertama kali menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, memorandum itu yang membentuk satu kerjasama dwipartisan dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, mempunyai enam agenda.

Agenda berkenaan merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan Jawatankuasa Pemandu. – BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (27213,27210,27208,27205) ORDER BY meta_id ASC