WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31733) ORDER BY meta_id ASC

MySejahtera akan diletakkan bawah unit baharu KKM » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

MySejahtera akan diletakkan bawah unit baharu KKM

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Pengurusan aplikasi MySejahtera bakal diletakkan bawah Bahagian Kesihatan Awam Digital iaitu satu Bahagian baharu di Kementerian Kesihatan (KKM).

-Advertisement-

Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh, berkata penempatan MySejahtera bawah bahagian baharu berkenaan akan menjadikan pengurusan aplikasi itu lebih teratur.

Beliau berkata, sejak pengawalseliaan MySejahtera dipindahkan kepada KKM pada 26 November 2021, beberapa perkara sudah dilaksanakan bagi menentukan hala tuju aplikasi itu.

Antara perkara yang sudah dilaksanakan termasuk penubuhan Jawatankuasa Pemandu MySejahtera yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan dan dibantu juga oleh sebuah Jawatankuasa Teknikal MySejahtera.

“Ini akan menjadikan operasi MySejahtera lebih teratur apabila sumber manusia dengan kemahiran tertentu dapat berkhidmat di bahagian ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

-Advertisement-

Mengulas empat syor Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini membabitkan MySejahtera, beliau berkata KKM setuju dengan pandangan PAC bahawa Kerajaan harus memiliki aplikasi MySejahtera sepenuhnya.

Beliau berkata, selepas mendapat kelulusan Kementerian Kewangan pada 24 Februari lalu untuk rundingan bersama MySJ Sdn Bhd, Jawatankuasa Rundingan Harga yang dianggotai oleh Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM ditubuhkan serta mengadakan mesyuarat bersama MySJ Sdn Bhd.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC