Nama Bangkok ditukar menjadi Krung Thep Maha Nakhon

Estimate Reading Time: < 1 minute

BANGKOK: Pejabat Diraja Thailand (ORST) mengumumkan penukaran nama rasmi ibu kota Thailand, dari Bangkok menjadi Krung Thep Mana Nakhon.

-Advertisement-

Nama Bangkok, bagaimanapun masih digunakan, menurut laporan The Bangkok Post.

Kabinet Thailand semalam meluluskan draf pengumuman Pejabat Perdana Menteri mengenai kemas kini nama negeri, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota, seperti dicadangkan ORST.

Nama rasmi baru Bangkok iaitu Krung Thep Maha Nakhon, tidak akan digunakan sehingga ia diteliti jawatankuasa yang menguruskan semua draf rang undang-undang, lapor The Bangkok Post.

Kabinet juga meminta panel jawatankuasa itu untuk mempertimbangkan pemerhatian lanjutan dari Kementerian Luar.

Pengumuman itu yang diluluskan dalam mesyuarat kabinet mingguan semalam, menyatakan bahawa jawatankuasa ORST mengenai kamus nama geografi antarabangsa, yang merangkumi pakar dari Kementerian Luar, mengemas kini ejaan nama negeri, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota supaya ia sejajar dengan situasi terkini.

-Advertisement-

Panel itu kemudian menyerahkan senarai terbabit kepada Pejabat PM untuk membuat pengumuman.

Dalam pengumuman ORST, Krung Thep Maha Nakhon akan menjadi nama rasmi bagi ibu kota Thailand.

Namun, nama ‘Bangkok’ masih kekal sebagai sandaran rujukan.

Dalam pengumuman yang sama, ORST juga mengemas kini ejaan rasmi bagi negara lain termasuk Rom dan Roma bagi ibu kota Itali, ibu kota Myanmar dari Yangon kepada Nay Pyi Taw dan mengubah nama Nepal kepada Republik Persekutuan Demokratik Nepal.

– AGENSI -BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373