Negeri Sembilan tarik pelancong Eropah

Estimate Reading Time: < 1 minute

SEREMBAN: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Cawangan Negeri Sembilan membantu merealisasikan sasaran menarik lebih 100,000 pelancong asing tahun depan.

-Advertisement-

Pengerusinya, Lee Fook Moi, berkata lebih banyak pakej pelancongan menarik perlu disediakan bagi mencapai sasaran berkenaan.

Katanya, usaha perlu ditingkatkan lagi supaya kedatangan pelancong bertambah dan persatuan itu menyasarkan untuk menarik pelancong dari China dan Eropah.

“Kita dapati pelancong China berminat melawat tempat-tempat bersejarah seperti muzium, manakala orang Eropah suka mendaki gunung dan sebagainya,” katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas permintaan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon, agar agensi pelancongan negeri seperti Matta dapat membantu kerajaan negeri dalam usaha mencergaskan semula sektor pelancongan negeri.

-Advertisement-

Fook Moi berkata, Negeri Sembilan mempunyai banyak tempat menarik yang boleh menarik pelancong tempatan dan luar negara.

-TheStar

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373