KUALA LUMPUR 28 OGOS 2026 (The Capital Post) – Sesi petang National Innovation and Commercialisation Expo (NICE26) diteruskan dengan acara pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) yang disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Chang Lih Kang.
Pertukaran dokumen kerjasama tersebut mencerminkan usaha memperkukuh jaringan strategik antara pelbagai pihak dalam memacu perkembangan sains, teknologi dan inovasi, khususnya dalam usaha membawa hasil penyelidikan serta inovasi ke peringkat pengkomersialan.
Selain itu, sebanyak 11 produk inovasi turut dilancarkan sempena NICE26, sekali gus mengetengahkan hasil pembangunan teknologi dan kreativiti yang berpotensi memberi nilai tambah kepada masyarakat serta ekonomi negara.
-Advertisement-
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merakamkan ucapan tahniah kepada pemilik produk yang berjaya merealisasikan hasil inovasi masing-masing sehingga dapat diketengahkan melalui platform NICE26.
Pelancaran tersebut turut memperlihatkan potensi inovasi tempatan untuk diterjemahkan kepada produk dan penyelesaian yang mempunyai nilai komersial, selain menyokong pembangunan ekonomi berasaskan sains dan teknologi.
Penganjuran NICE26 diharap terus menjadi pemangkin kepada pengukuhan ekosistem inovasi negara dengan membuka lebih banyak peluang kepada penyelidik, inovator dan pemain industri untuk mengembangkan teknologi tempatan serta menghasilkan impak positif kepada masyarakat dan negara – The Capital Post