Paras tertinggi baharu, 21,668 kes hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes positif harian COVID-19 sekali lagi mencatatkan angka tertinggi apabila sebanyak 21,668 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi.

-Advertisement-

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan peningkatan kes hari ini, jumlah jangkitan keseluruhan kini adalah sebanyak 1,342,215 sejak wabak itu dikesan Januari 2020.

Katanya, Selangor mencatatkan kes tertinggi hari ini iaitu sebanyak 6,278 kes.

Tiga negeri turut mencatatkan kes positif harian melebihi 2,000 iaitu Kuala Lumpur dengan 2,436 kes, diikuti Kedah dengan 2,143 kes dan Sabah dengan 2,052 kes.

-Advertisement-

Selain itu, Johor merekodkan sebanyak 1,706 kes hari ini; Pulau Pinang (1,229); Sarawak (1,216); Kelantan (972); Perak (930); Negeri Sembilan (899); Pahang (629); Terengganu (594); Melaka (494); Putrajaya (56); Perlis (23) dan Labuan (11).

-BH