WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35752) ORDER BY meta_id ASC

PBAKL 2023 rai, bantu penulis mandiri » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

PBAKL 2023 rai, bantu penulis mandiri

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 kali ke-40, di sini, membuka peluang lebih luas kepada penerbit dan penulis kecil-kecilan untuk memperkenalkan karya mereka menerusi ruang khas iaitu Mandiri PBAKL.

-Advertisement-

Jawatankuasa Pelaksana Mandiri PBAKL 2023, Mimi Salleh, berkata program itu yang masuk tahun kedua sudah ditambah baik, dengan pelbagai pembaharuan diperkenalkan, khusus bagi membantu pembikin karya persendirian terutama potensi memperluaskan jaringan dalam industri perbukuan.

“Ada banyak nilai tambah yang dibawa bagi Mandiri PBAKL 2023, misalnya jika pada tahun lalu, hanya menampilkan pempamer tempatan, kali ini kita turut bawa dua penerbit dan penulis dari negara jiran iaitu Singapura.

“Bagi pempamer, buat julung kalinya jawatankuasa melaksanakan aktiviti baharu iaitu Klinik Mandiri. Melalui klinik ini, pempamer diberikan pencerahan mengenai bagaimana memanfaatkan platform PBAKL, cara pemasaran dan sebagainya.

“Selain itu, pempamer turut dibantu melalui ‘Sesi Jaringan Mandiri’. Ia tidak pernah dibuat sebelum ini. Kita temukan pempamer dengan editor, pereka grafik dan illustrator bebas.

“Sesi ini penting kerana kebanyakan penerbit swaterbit ini bergerak sendiri, maka mereka tidak mempunyai jaringan meluas terhadap penggiat buku yang lain,” katanya ketika ditemui di PBAKL 2023, di sini, hari ini.

Sebanyak 32 reruai disediakan di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), dengan pembabitan penulis persendirian yang menerbitkan buku sendiri, antaranya pengusaha buku foto, travelog, karya kanak-kanak bergambar dan pembikin zine.

Bagi penulis buku kanak-kanak, Pei Yen Lim, yang kali pertama menyertai PBAKL, platform Mandiri PBAKL memberi peluang penerbit mandiri sepertinya menerokai potensi baharu terutama mendekati pembaca Melayu.

“Kami menghasilkan buku bergambar kanak-kanak dalam bahasa Inggeris yang boleh ditempah mengikut permintaan pengguna, misalnya meletakkan nama anak pada buku.

“Ia menyasarkan pembaca dari awal usia iaitu bayi hingga berumur 10 tahun. Jadi, sambutan ramai pengunjung terutama ibu bapa yang membawa seisi keluarga mereka membolehkan kami memancing pembaca baharu,” katanya.

Penulis muda, Zhiddin Aziz, 21, pula berkata platform Mandiri PBAKL memberi ruang memperkenalkan karya sulungnya, ‘Wejangan Sedaghe’ yang disasarkan untuk pembaca remaja.

-Advertisement-

“Ini kali pertama saya beranikan diri menjual sendiri karya secara fizikal. Sebelum ini, saya hanya menjual di platform media sosial terutama Tik Tok. Alhamdulillah, walaupun kali pertama masuk PBAKL, sambutan sangat luar biasa.

“Hari pertama semalam, dalam masa empat jam, 100 naskhah terjual. Ini memangkin semangat saya untuk terus menulis dan insya-Allah dalam perancangan menghasilkan buku baharu,” katanya.

Sementara itu, penulis buku travelog, Haizan Runsah berkata, melalui Mandiri PBAKL, ruang untuk penulis mandiri lebih terbuka luas, bukan saja untuk mempromosikan karya, malah memudahkan urus niaga dengan pemain industri buku.

“Mungkin penerbit mandiri seperti kami kurang dikenali di luar tetapi platform ini membolehkan penerbit gergasi, termasuk pembeli dalam kalangan institusi seperti sekolah membeli secara pukal.

“Alhamdulillah, semalam, menerusi program VIP Buyer @ PBAKL, ada sekolah yang sudah membuat pembelian buku saya secara pukal dengan transaksi secara terus dapat dilaksanakan di sini.

“Istimewanya, sebagai penerbit mandiri, saya boleh menawarkan nilai tambah kepada pembeli, misalnya semua buku dibeli, boleh terus ditandatangani,” katanya.

PBAKL 2023 menampilkan pelbagai elemen baharu termasuk penyertaan Negara Tamu iaitu China, Negeri Tamu melalui pembabitan Sarawak dan Kementerian Tamu iaitu Kementerian Pendidikan (KPM) yang menyemarakkan acara perbukuan tahunan itu.

Selain itu, pentas utama PBAKL 2023 turut dimeriahkan dengan pelbagai sesi wacana buku yang dianjurkan penerbit buku tempatan, antaranya Wawancara Sofa Putih, anjuran Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) yang berlangsung setiap hari dan sesi bicara penulis ‘Secangker Teh Setapak Bandung’ bersama penulis kelahiran Sarawak, anjuran Pustaka Negeri Sarawak yang akan diadakan jam 2 petang Sabtu ini.

– Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (39383,39372,39368,39365) ORDER BY meta_id ASC