WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (2436) ORDER BY meta_id ASC

Pelumba Petronas Yamaha SRT sedia hadapi perlumbaan terakhir » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Pelumba Petronas Yamaha SRT sedia hadapi perlumbaan terakhir

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR- Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli kini bersedia bagi menghadapi perlumbaan terakhir Kejuaraan Motosikal Dunia 2019 dengan penuh bergaya di Grand Prix (GP) Valencia, hujung minggu ini.

-Advertisement-

Dengan perlumbaan di litar Ricardo Tormo pada pertengahan November terkenal dengan keadaan cuaca yang berubah-rubah, pasukan yang baharu dinobatkan sebagai juara kategori pasukan Independent MotoGP itu akan bersedia menghadapi semua kemungkinan pada litar antara yang paling pendek dalam kalendar GP.

Quartararo, 20, yang berada 23 mata di hadapan dalam kategori ‘Independent Riders’ mahu mencatatkan satu lagi keputusan terbaik, selepas mengharungi musim yang terbaik untuk seorang pelumba baharu, pada litar di mana beliau membuat penampilan sulung pada ujian 12 bulan lalu.

Beliau yang menamatkan perlumbaan dalam keadaan litar basah di tempat keenam dalam kelas Moto2, dan pernah memenangi perlumbaan di Litar Ricardo Tormo ini empat kali, Quartararo mempunyai banyak pengalaman dan kenangan manis di litar itu.

“Sasaran saya ialah menamatkan perlumbaan musim ini dengan keputusan yang terbaik di Valencia. Kami amat hampir untuk menjuarai ‘Independent Riders’, dengan perbezaan 23 mata dengan pencabar terdekat Jack (MIller), jadi satu lagi matlamat ialah untuk menguruskannya dengan berkesan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pasukan itu.

-Advertisement-

“Penalaan motosikal kami kini amat berbeza berbanding ketika saya tunggang di Valencia 12 bulan lepas. Saya juga lebih pengalaman sekarang dan pasukan juga lebih berpengalaman, jadi kami akan boleh berlumba dengan lebih pantas kali ini, namun ia sesuatu yang bagus untuk membandingkan data dari tahun lepas untuk lihat di mana kami boleh perbaiki lagi,” kata pelumba dari Perancis itu.

Morbidelli, 23, juga seorang pelumba berpengalaman di Valencia, dengan dua kali menamatkan perlumbaan di podium pada kelas Moto2, juga mahu menunjukkan keputusan terbaik di litar sepanjang empat kilometer itu, sebelum menamatkan musim ini.

“Saya suka litar Valencia ini dan ada pelbagai kenangan yang menarik. Tahun lepas saya terjatuh pada kedudukan tempat kelima, walaupun ia bukan keputusan yang saya mahukan, tetapi ia menunjukkan yang saya boleh jadi lebih bagus. Diharapkan cuaca akan baik, sebab kami mahu tiba dengan semangat yang positif selepas beberapa perlumbaan yang sukar.

“Saya mahu lakukan yang terbaik di akhir musim ini dan jika saya boleh pindahkan semangat positif saya pada ahli pasukan, saya percaya kami akan dapat bekerja dengan baik minggu ini. Motosikal Yamaha YZR-M1 adalah motosikal yang mudah untuk ditunggang di Valencia 12 bulan lepas, dan saya mahu rasainya sekali lagi,” katanya.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC