Pemilik kedai vape saman negeri Massachusetts

Estimate Reading Time: < 1 minute

MASSACHUSETTS: Beberapa pemilik kedai vape bertindak menyaman kerajaan negeri ini kerana melaksanakan pengharaman penjualan semua produk vape selama empat bulan dan meminta mahkamah menganggapnya sebagai tidak mengikut berperlembagaan.

Massachusetts mengharamkan penjualan dan bekalan semua jenis rokok elektronik (e-rokok) berdasarkan larangan darurat kesihatan awam kebangsaan.

Pegawai kesihatan Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat penyakit berkaitan pernafasan dikaitkan dengan penggunaan vape yang menyebabkan 12 kematian dan 805 kes kecederaan.

Pengharaman itu akan menjejaskan pelanggan, pemborong dan syarikat, kata plaintif semasa memfailkan kes di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts, kelmarin.

Plaintif turut mempertikaikan bahawa larangan itu akan menjejaskan penilaian Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) bahawa produk Sistem Penghantaran Nikotin Elektronik (ENDS) dan cecair adalah selamat digunakan dan diedarkan.

Sementara itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, menggesa orang ramai tidak menggunakan e-rokok dengan ganja mengandungi bahan tetrahydrocannabinol (THC) kerana data terbaru menunjukkan pengambilan berlebihan boleh menyebabkan penyakit berkaitan pernafasan. -BHarian

-Advertisement-

-Advertisement-