Pendapatan rakyat makin susut, hentikan kronisme, kata Najib

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Pendapatan pekerja di Malaysia semakin menyusut, justeru kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin harus memberi tumpuan kepada keperluan rakyat, bukannya kroni atau pemilik syarikat sahaja, kata Najib Razak .

-Advertisement-

Bekas perdana menteri itu berkata, pendapatan bulanan pekerja mengalami penurunan sejak pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan terus merosot ketika rakyat mengharungi pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

Najib berkata, data terbaru Bank Negara Malaysia (BNM), menunjukkan pendapatan bulanan pekerja termasuk bonus, kerja lebih masa (OT) serta elaun untuk sektor pembuatan yang sering naik sebelum PRU14, menyusut dengan ketara sejak tiga tahun lalu. Sektor pembuatan adalah tonggak ekonomi negara.

“Purata pendapatan bulanan bagi Nov 2020 hanya RM3,275 iaitu penurunan sekitar RM600 sebulan atau 20% lebih rendah berbanding RM3,863 pada Disember 2018,” katanya di Facebook.

-Advertisement-

Beliau berkata, sebarang dasar dan langkah kerajaan untuk menjana peluang pekerjaan perlu memberi tumpuan kepada memulihkan trend kenaikan pendapatan bulanan rakyat.

“Kita perlu lebih fokus kepada rakyat dan bukan hanya kepada kroni atau golongan pemilik syarikat sahaja,” kata beliau.

-FMT


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373