WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (2038) ORDER BY meta_id ASC

Pengundi atas pagar penentu kemenangan parti bertanding di PRK Tanjung Piai - IDE » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Pengundi atas pagar penentu kemenangan parti bertanding di PRK Tanjung Piai – IDE

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Kira-kira 18 peratus pengundi atas pagar akan menjadi penentu kemenangan parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, kata Pengerusi Kluster Pendidikan Politik dan Demokrasi Institut Darul Ehsan (IDE), Amidi Abdul Manan.

-Advertisement-

Beliau berkata berdasarkan kajian yang dibuat institut itu, pengundi berkenaan yang merupakan golongan kali pertama dan kedua mengundi akan membuat keputusan berdasarkan keberkesanan kempen parti bertanding selain pengaruh media.

“Kelompok pengundi ini masih belum memutuskan untuk memilih mana-mana parti dan bakal membentuk keputusan sama ada akan menjadi satu pernyataan ketidakpuasan hati atau sokongan kepada kerajaan,” katanya selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam ini.

Selain itu, Amidi berkata penyokong tegar yang telah membuat pilihan terhadap parti masing-masing merupakan kelompok yang besar di Tanjung Piai.

-Advertisement-

“Hasil kajian mendapati sekitar 70 peratus daripada kelompok ini telah pun membuat pilihan berkaitan dengan parti. Ini menunjukkan bahawa pengundi tegar itu tidak lari, malah jumlah pengundi tegar masih lagi sama buat Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

PRK Parlimen Tanjung Piai ditetapkan 16 Nov ini susulan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, yang mewakili PH pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung. Calon PH berdepan calon BN, Gerakan, Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) dan dua calon bebas.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC