WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (25295) ORDER BY meta_id ASC

Penurunan jangkitan dijangka ketara sekitar September, Oktober » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Penurunan jangkitan dijangka ketara sekitar September, Oktober

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Penurunan kadar jangkitan harian COVID-19 secara ketara di negara ini, dijangka hanya berlaku sekitar September dan Oktober.

-Advertisement-

Pakar epidemiologi dan kesihatan awam dari Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sanjay Rampal, berkata perubahan imuniti atau sistem pertahanan badan manusia hanya akan terbentuk selepas kira-kira dua minggu mendapat dos suntikan lengkap.

Bersandarkan tindak balas itu, katanya, kesan liputan vaksin menerusi Operasi Lanjutan Kapasiti yang dijalankan di Lembah Klang, sejak 26 Julai hingga 1 Ogos lalu, tidak akan memberi petunjuk ketara terhadap perubahan kadar jangkitan harian pada bulan ini.

“Tahap perlindungan selepas suntikan dos pertama hanya terbentuk kira-kira sebahagian atau tidak secara penuh.

“Maka, kita perlu tunggu selepas dua minggu untuk mendapat manfaat penuh selepas mengambil dos lengkap vaksin.

“Walaupun penurunan kadar kes COVID-19 dijangka berlaku penghujung bulan ini, kita berkemungkinan perlu tunggu antara September dan Oktober untuk melihat manfaat daripada imunisasi di Lembah Klang,” katanya kepada BH, hari ini.

Mengikut perangkaan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), liputan vaksin di Lembah Klang setakat semalam menyaksikan 43.4 peratus daripada populasi dewasa sudah mendapat dos lengkap.

-Advertisement-

Pakar bius dan penjagaan rapi di Hospital UCSI, Dr Sham Kumar Sadanand, pula mencadangkan supaya protokol kuarantin di negara ini disemak semula, susulan kesan penularan varian membimbangkan (VOC) seperti Delta dan Delta Plus.

Jelasnya, Singapura pada April lalu menetapkan perintah kuarantin atau pengasingan selama tiga minggu, pada April lalu kerana khuatir kandungan virus dalam badan seseorang yang disahkan positif COVID-19 masih mampu menyebarkan virus berkenaan kepada individu lain apabila dijangkiti dengan VOC.

“Prosedur kami di hospital ialah pesakit akan disaring menggunakan kit ujian pantas (RTK) antigen pada hari ke-11 dan sekiranya masih positif, mereka akan terus ditempatkan di wad.

“Ini kerana mengikut penelitian, sebanyak 20 peratus daripada kes yang dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan, merangkumi kategori 1 hingga 5 masih positif bila disaring dengan RTK antigen pada hari ke-11.

“Kita tidak mahu beri kebenaran kepada mereka untuk pulang ke rumah dan kembali ke komuniti sehingga menjangkiti orang lain, seandainya virus dalam badan masih mampu merebak,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC