WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30076) ORDER BY meta_id ASC

Perbelanjaan kerajaan cecah RM86.7 bilion suku pertama 2022 » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Perbelanjaan kerajaan cecah RM86.7 bilion suku pertama 2022

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM86.7 bilion pada suku pertama 2022, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF).

-Advertisement-

“Sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk menampung bayaran emolumen (RM22 bilion), bayaran khidmat hutang (RM9.1 bilion) dan bayaran persaraan (RM8.4 bilion).

“Selain itu, sebanyak RM11.5 bilion telah dibelanjakan bagi tujuan subsidi, bantuan dan insentif termasuk subsidi petrol, diesel dan gas cecair memasak serta bayaran Bantuan Keluarga Malaysia fasa 1,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen di sini.

Ia adalah bagi menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim-Bandar Bharu) mengenai keupayaan semasa kewangan kerajaan menunaikan komitmen pembayaran hutang, tanggungan subsidi dan pembayaran emolumen dan pencen.

Beliau juga ingin tahu nilai keseluruhan komitmen tanggungan subsidi, emolumen dan pencen serta bayaran hutang setakat suku pertama tahun 2022.

-Advertisement-

Menurut Kementerian Kewangan, pembayaran hutang, bayaran persaraan dan emolumen adalah komponen perbelanjaan yang diberi keutamaan terlebih dahulu (locked-in) berbanding komponen perbelanjaan yang lain.

Sehubungan itu, kerajaan sentiasa memastikan agar kedudukan kewangan kerajaan adalah kukuh bagi memastikan keupayaan untuk membayar komitmen itu, jelasnya.

-BERNAMA -BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC