WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (28488) ORDER BY meta_id ASC

Perkembangan, kemajuan arena sepak takraw agenda utama KBS » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Perkembangan, kemajuan arena sepak takraw agenda utama KBS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Perkembangan dan kemajuan arena sukan sepak takraw negara menjadi agenda utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berbanding kemelut politik pentadbiran yang sedang berlaku ketika ini.

-Advertisement-

Sepak takraw negara pada masa ini mempunyai dua badan pentadbir iaitu Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) dengan kedua-duanya sedang dalam proses mendapatkan pengiktirafan badan induk Asia dan antarabangsa.

Namun bagi KBS, apa yang lebih penting adalah memastikan sukan berkenaan dapat terus berkembang dan setiap kebajikan atlet untuk menyertai kejohanan atau temasya dapat dijaga dengan baik.

“Apabila perkara sebegini berlaku (dua badan kebangsaan), kita kena lihat pula badan manakah yang mendapat pengiktirafan daripada badan lebih tinggi di peringkat Asia dan dunia,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KBS di Institut Sukan Negara (ISN), dekat sini, semalam.

“Saya akan berbincang dengan Pesuruhjaya Sukan dan cari jalan yang terbaik tetapi pada akhirnya apa yang KBS dan kerajaan perlu pastikan ialah sukan berkenaan terus berkembang, maju dan aktiviti bagi atlet sepak takraw itu terjaga, pertandingan dan sebagainya dijaga dengan baik.

-Advertisement-

“Itu jauh lebih penting daripada permasalahan politik antara kepimpinan dalam persatuan dan sebagainya,” kata Ahmad Faizal.

PSM yang disingkirkan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) pada tahun lalu, mahu mendapatkan semula pengiktirafan badan induk Asia itu dibawah presiden baharunya, Datuk Mohd Sumali Reduan.

Begitupun, MSC yang diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) turut mempunyai fokus sama dengan keputusan muktamad terpulang kepada ASTAF bagi memilih salah satu badan kebangsaan itu untuk diiktiraf.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC