Perlis-Kementerian Ekonomi Perkukuh Kerjasama

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 25 Jun 2026 (The Capital Post) – Kementerian Ekonomi menerima kunjungan hormat Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, dalam satu pertemuan yang memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama pembangunan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perlis.

Pertemuan yang dipengerusikan oleh Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir itu menjadi platform penting untuk membincangkan pelbagai cadangan projek strategik yang berpotensi merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

Antara perkara yang disentuh termasuk inisiatif pembangunan yang mampu memperkukuh sektor sosioekonomi, menarik pelaburan baharu serta mewujudkan peluang ekonomi yang lebih mampan dan inklusif untuk masyarakat setempat.

-Advertisement-

Kedua-dua pihak turut menzahirkan komitmen berterusan dalam memastikan perancangan pembangunan negeri dilaksanakan secara menyeluruh melalui kerjasama erat antara agensi Persekutuan dan kerajaan negeri.

Hubungan strategik yang terus diperkukuhkan ini diyakini mampu mempercepat pelaksanaan projek pembangunan, meningkatkan daya saing ekonomi negeri serta membawa manfaat jangka panjang kepada rakyat dan komuniti perniagaan di Perlis. – The Capital Post