WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35907) ORDER BY meta_id ASC

Perolehan ventilator secara darurat penuhi keperluan ketika pandemik » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Perolehan ventilator secara darurat penuhi keperluan ketika pandemik

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) terpaksa melakukan perolehan ventilator secara darurat berikutan wujud keperluan mendesak terhadap peralatan itu sepanjang tempoh penularan COVID-19.

-Advertisement-

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, berkata dalam tempoh penularan COVID-19, KKM perlu mendapatkan 800 unit ventilator iaitu 300 unit untuk penggantian peralatan sedia ada dan 500 unit sebagai keperluan tambahan baharu.

Berikutan itu, katanya, KKM terpaksa melaksanakan perolehan secara darurat dan berjaya mencapai jumlah sasaran bagi memenuhi keperluan perkhidmatan ketika itu.

Katanya, proses perolehan ventilator dilaksanakan di pelbagai peringkat seperti KKM, Jabatan Kesihatan Negeri dan peringkat hospital masing-masing

“Perolehan dibuat berikutan keperluan amat mendesak ketika itu dan dikategorikan sebagai komoditi item dengan konsep tunai di negara pengeluar.

“Pergerakan keluar masuk ke China ketika itu amat terhad dan untuk tujuan perolehan darurat peralatan ventilator, KKM menyediakan spesifikasi teknikal berkaitan yang dikemukakan kepada pembekal.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan LKAN di Dewan Rakyat, hari ini.

Lukanisman berkata, pembekal mengemukakan cadangan ventilator melalui brosur dan katalog bagi pertimbangan KKM.

-Advertisement-

Katanya, pemilihan ventilator untuk pemilihan dibuat perolehan adalah berdasarkan brosur dan katalog berkenaan.

“Penghantaran ventilator ke fasiliti kesihatan KKM dibuat secara berperingkat dan mengambil masa agak panjang.

“Harga peralatan ketika itu meningkat secara mendadak sehingga empat kali ganda berbanding harga asal berdasarkan konsep ‘terima atau pergi’ (take it or leave it),” katanya.

LKAN Tahun 2021 Siri 2 menyatakan 93 daripada 136 unit ventilator yang dibekalkan syarikat kepada KKM tidak dapat digunakan.

Ketua Audit Negara ketika itu, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid, berkata pembelian ventilator itu dibuat antara 2020 hingga April 2022 bagi operasi dan pengurusan COVID-19, sekali gus menyebabkan kerugian berjumlah RM13.07 juta kepada kerajaan.

Lukanisman berkata, Pekeliling Perbendaharaan Pengurusan Belanjawan Garis Panduan Perbelanjaan Darurat dan Perolehan Darurat menyatakan tiada keperluan KKM menyediakan dokumen perjanjian bagi perolehan secara darurat.

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (39383,39372,39368,39365) ORDER BY meta_id ASC