WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (571) ORDER BY meta_id ASC

Petikan kenyataan Tun Mahathir di UNGA mengenai Jammu dan Kashmir undang banyak komen di Twitter » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Petikan kenyataan Tun Mahathir di UNGA mengenai Jammu dan Kashmir undang banyak komen di Twitter

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR- Satu petikan kenyataan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) minggu lepas berhubung Jammu dan Kashmir mengundang banyak komen di laman Twitter hari ini.

-Advertisement-

Beberapa netizens, yang kelihatan seperti warga India, menyuarakan rasa kecewa mereka menerusi #BoycottMalaysia terhadap kenyataan yang antara lain menyebut Kashmir “ditawan dan dijajah”.

Apabila catatan tweet mencapai angka sekitar 8,000 kumpulan natizens lain, mungkin rakyat Malaysia, memutuskan untuk tidak lagi berdiam diri berhubung perkara itu dan membalasnya dengan #BoycottIndia.

Shafwan Shukor, dalam tweetnya berkata: “Wow #BoycottMalaysia trending! Hahaha. Impact ucapan Tun M dekat UN…mintak India dan Pakistan duduk semeje je, nego pasal Kashmir and Jammu.

Ia kemudiannya menyaksikan kebangkitan #BoycottIndia, yang mempertahankan Dr Mahathir.

Danian Mikhail pula dalam catatannya menyebut: “Malaysians stand united. #BoycottIndia.

-Advertisement-

Nunakash1 pula: “Terima kasih Malaysia yang bangkit menentang penindasan #SupportMalaysia #BoycottIndia.”

Ditengah kekalutan hashtag boikot itu, beberapa netizens lain dilihat cuba menamatkan perbalahan itu, dengan menggesa kepada semua pihak supaya fokus kepada agenda lebih besar.

Sree Tharan, menerusi akaun Twitternya membuat catatan: “Daripada #BoycottMalaysia atau #BoycottIndia, boleh tak anda semua memboikot rasis Boikot ketidakadilan Boikot seks bawah umur Boikot pemangsa seks Boikot… pemburu haram Boycott penggunaan plastik

Tweet Reisa: “… anda semua seharusnya fokus kepada boikot mencuri dan merogol.”

— BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC