WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (31792) ORDER BY meta_id ASC

PH takut berdepan BN - Ahmad Zahid » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

PH takut berdepan BN – Ahmad Zahid

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Parti pembangkang yang memberi pelbagai alasan tidak munasabah untuk menolak cadangan pembubaran Dewan Rakyat tahun ini menggambarkan mereka tidak bersedia berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

-Advertisement-

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika PRU-15 diadakan dalam masa terdekat, membuktikan mereka gerun untuk berdepan dengan BN dalam PRU-15.

“Inilah kebimbangan utama PH dan musuh BN. Maka, bagi mengelak kekalahan ini, mereka terus cuba elak daripada berdepan PRU yang tidak memihak kepada kemenangan mereka.

“Mereka sanggup arah kerajaan negeri mereka agar tidak bubar DUN atas ketakutan ini, sedangkan mereka juga bising apabila membuat pilihan raya berasingan sebelum ini,” katanya di media sosial malam tadi.

Semalam, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan tiga negeri yang ditadbir PH iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan membubarkan DUN jika PRU-15 diadakan tahun ini.

Zahid berkata, semua alasan pembangkang untuk menutupi kehilangan sokongan rakyat kepada PH dan pembangkang dihantui oleh janji pilihan raya yang masih tinggal janji kosong.

“Pengundi kini tidak lagi terpesona dengan cakap dan janji PH apabila pemimpin mereka berkempen sekarang ini.

-Advertisement-

“Tidak lagi seperti PRU 2018. Inilah ketakutan PH dan musuh BN masa kini!,” katanya.

Mengulas lanjut, Zahid turut menganggap alasan basi yang kerap disuarakan pembangkang dengan menggunakan isu musim tengkujuh, menyerlahkan lagi ketidakberanian pembangkang berdepan BN.

Katanya, alasan pembangkang itu seolah-olah mereka tidak yakin dan memperkecil pengalaman serta profesionalisme institusi awam, termasuk agensi kesihatan, keselamatan dan agensi bencana.

“Alasan ini juga seolah-olah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ada pengalaman dalam menguruskan proses pilihan raya dilaksanakan sebelum ini.

“SPR dan agensi pengurusan bencana misalnya agensi profesional yang mempunyai prestasi dan, sejarah pengurusan pilihan raya yang sangat efisien tanpa mengira musim dan bulan,” katanya.

-BH

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC