PICKids: Lebih 79,000 terima dos pertama vaksin COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Seramai 79,393 atau 2.2 peratus populasi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

-Advertisement-

Selain itu, data dalam laman COVIDNOW turut menunjukkan seramai 12,926,703 individu atau 55.2 peratus populasi dewasa di negara ini, telah menerima suntikan dos penggalak vaksin COVID-19, setakat semalam.

Seramai 22,934,496 individu (98 peratus) populasi dewasa juga sudah lengkap vaksinasi, manakala 23,210,020 (99.2 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,794,416 individu (88.8 peratus) telah lengkap imunisasi, manakala 2,872,087 (91.3 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin terbabit.

-Advertisement-

Semalam, sebanyak 173,428 dos vaksin diberikan meliputi 18,343 dos pertama, dos kedua (1,739) dan dos penggalak (153,346).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan suntikan vaksin yang diberi melalui PICK kini mencecah 64,611,898 dos.

-BH