Pogacar takluk perlumbaan Tour de France

Estimate Reading Time: 2 minutes

PARIS: Tadej Pogacar meraih kemenangan kedua berturut-turut perlumbaan Tour de France dengan menggambarkan kejayaannya itu sebagai satu ‘pengembaraan luar biasa’ tatkala Wout van Aert menawan peringkat terakhir di Champs-Elysees di sini, selepas tiga minggu mengharungi aksi penuh debaran.

-Advertisement-

“Kami berjaya,” kata pelumba berusia 22 tahun itu.

“Tahun lalu adalah perkara yang lain, ia kemenangan pertama, saya tidak menangis lagi pada tahun ini,” katanya yang sedang menikmati detik manisnya itu selain berterima kasih kepada ibu bapanya dan adik-beradiknya yang turut hadir.

“Saya harap kami semua boleh kembali pada tahun lalu tanpa pelitup muka. Ia satu pengembaraan yang luar biasa apabila berada dalam keluarga berbasikal ini.”

Van Aert yang juga pelumba Belgium, mengatasi Mark Cavendish dari Britain untuk menawan peringkat ke-21 selepas memenangi acara ujian masa di Saint-Emilion dan satu peringkat bukit di Mont Ventoux. “Saya memenangi satu peringkat mencabar Tour de France,” kata Van Aert. “Namun saya hanya pelumba yang lebih kerdil berbanding Tadej.

“Ia adalah satu pembakar semangat sebelum ke Tokyo. Saya akan cuba sebaik mungkin dan memenangi kedua-dua pingat emas,” katanya sebelum berlepas ke Sukan Olimpik di mana dia akan mengetuai pasukan Belgium dalam perlumbaan lebuh raya dan ujian masa.

-Advertisement-

Sebagai tanda penghujung eranya, Cavendish, 36, hampir terlepas kemenangan kelima pada edisi kali ini – dan rekod ke-35 perlumbaanTour de France. Jasper Philipsen berada di tempat kedua dengan pelumba Deceuninck, Cavendish tercicir di belakang.

Empat kemenangan dalam enam peringkat yang berakhir dalam penamat beramai-ramai sudah memadai namun baginya, dia mahu menyamai rekod 34 kemenangan peringkat dilakukan Eddy Merckx dalam jelajah berkenaan dan menjaminnya meraih jersi hijau.

“Ia sangat sukar,” kata Cavendish mengenai pecutan terakhir itu. “Namun ia sesuatu yang menarik.”

Pelumba Denmark, Jonas Vingegaard juga dari pasukan Jumbo, berada di tangga kedua keseluruhan manakala Richard Carapaz (Ineos) di tangga ketiga.

Keputusan gelaran Tour de France 2021:
Juara keseluruhan: Tadej Pogacar (SLO/UAE Emirates)
Bukit: Tadej Pogacar
Mata: Mark Cavendish (GBR/Deceuninck)
Pelumba muda: Tadej Pogacar
Pasukan: Bahrain
-BH