Prasarana akan lapor SPRM, SSM berhubung projek kereta api Saudi

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Bhd akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengenai projek kereta api Makkah Metro di Arab Saudi.

-Advertisement-

Syarikat itu dalam kenyataan berkata, ia susulan audit dan siasatan forensik baru-baru ini mengenai penglibatannya dalam penyelenggaraan dan operasi projek Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL).

“Pada 16 April 2015, Prasarana, melalui anak syarikatnya, Prasarana Integrated Management and Engineering Services Sdn Bhd (PRIME), diberikan kontrak tiga tahun untuk beroperasi dan menyelenggara kereta api tersebut, mengambil alih dari China Railway Construction Consortium.

-Advertisement-

“Projek itu menyebabkan Prasarana mengalami kerugian yang diaudit berjumlah 417 juta Riyal Saudi (sekitar RM450.8 juta) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2019,” katanya.

-BH