WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30864) ORDER BY meta_id ASC

Premis pendidikan jadi pusat mengundi bertambah pada PRU15 » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Premis pendidikan jadi pusat mengundi bertambah pada PRU15

Estimate Reading Time: < 1 minute

PORT DICKSON: Bilangan premis institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan yang akan dijadikan pusat pengundian semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan bertambah susulan berlaku peningkatan dalam jumlah pengundi baharu.

-Advertisement-

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alimin berkata, sehubungan itu pihaknya menjangkakan, sekolah-sekolah yang tidak pernah menjadi pusat pengundian sebelum ini turut akan digunakan untuk tujuan tersebut pada pilihan raya akan datang.

“Dengan pertambahan pengundi, pusat pengundian juga akan bertambah. Sekolah-sekolah yang dahulunya tidak digunakan, akan digunakan kali ini.

“Sekolah-sekolah terlibat telah dimaklumkan. Kerja-kerja awal di premis terlibat juga sudah dimulakan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan perbincangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Baharu Sekolah Menengah Agama (SMA) Chuah di sini hari ini.

-Advertisement-

Sebelum ini media melaporkan, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, kos bagi pelaksanaan PRU15 adalah dianggarkan kira-kira RM1.01 bilion.

Menurut beliau, perbelanjaan besar itu termasuk bagi menampung peningkatan jumlah pengundi baharu melalui pelaksanaan had umur pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik yang sekali gus akan menyebabkan berlaku antaranya pertambahan pusat mengundi dan saluran mengundi.

Sementara itu Mohamad berkata, pihak kementerian dan JPN sudah bersedia pada bila-bila masa untuk premis pendidikan yang terlibat digunakan bagi pelaksanaan PRU15.

“Pihak kementerian, JPN dan sekolah-sekolah akan berikan kerjasama sebaiknya dan kami bersedia pada bila-bila masa untuk dijadikan pusat pengundian lagipun inilah tuntutan undang-undang di bawah Akta Pilihan Raya,” katanya. – UTUSAN

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33043,33040,32965,32857) ORDER BY meta_id ASC