WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (30861) ORDER BY meta_id ASC

Kereta ‘terbang’ rempuh empat kenderaan di Batu Berendam » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Kereta ‘terbang’ rempuh empat kenderaan di Batu Berendam

Estimate Reading Time: < 1 minute

MELAKA: Tidak ubah seperti adegan dalam filem aksi, seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh empat buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Batu Berendam di sini, Selasa lalu.

-Advertisement-

Mangsa yang berusia 35 tahun mengalami kecederaan dalaman dan dikejarkan ke Zon Merah Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu kereta jenis Proton Waja dalam perjalanan pulang ke rumah dari arah Peringgit menghala ke Batu Berendam.

“Setiba di lokasi kira-kira pukul 2.30 pagi, kereta dipandu mangsa hilang kawalan sehingga melanggar paip air di sebelah kiri jalan, lalu terbabas merempuh sebuah motosikal yang diparkir di kawasan berkenaan.

-Advertisement-

“Kereta itu kemudian terbalik di atas bumbung tempat letak kenderaan kilang Central Cable sebelum jatuh menghempap sebuah Proton Wira dan dua Honda City yang diparkir di situ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Christopher, polis telah mengambil sampel darah pemandu bagi ujian alkohol dan pengaruh dadah.

“Kemalangan itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa lain. Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33043,33040,32965,32857) ORDER BY meta_id ASC