WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (2994) ORDER BY meta_id ASC

Program 'Trash To Cash' ubah persepsi masyarakat terhadap sampah » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Program ‘Trash To Cash’ ubah persepsi masyarakat terhadap sampah

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA TERENGGANU- Program Eko Komuniti ‘Trash To Cash’ yang dilaksanakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya mengubah persepsi masyarakat terhadap sampah, kata Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

-Advertisement-

Beliau berkata, sampah yang dikitar semula dijadikan pendapatan tambahan malah secara tidak langsung meningkatkan aspek kebersihan kawasan sekitar terutama pada Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara.

“Program ini bertujuan mendidik dan menggalakkan orang ramai menguruskan sampah dengan bijak agar ia boleh dikitar semula dan ditukar menjadi wang tunai serta mengubah persepsi masyarakat agar tidak lagi segan untuk melakukan proses kitar semula sampah sebagai satu sumber rezeki yang halal,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Eko Komuniti #trashtocash di PPR Padang Hiliran di sini, hari ini, disertai lebih 300 penduduk PPR yang dapat mengumpul lebih 250 kilogram sampah kitar semula dalam tempoh tidak sampai satu jam.

-Advertisement-

Bayaran bagi sampah kitar semula adalah berbeza mengikut kategori iaitu RM0.19 untuk satu kilogram kotak, surat khabar (RM0.20), tin aluminium (RM2) dan plastik (RM0.60).

Penyelaras program, Muhamad Shazlee Muhamad Nazlee berkata PPR Kuala Terengganu adalah lokasi ketiga program itu selepas Pulau Pinang dan Johor Bahru sejak awal bulan ini dan ia akan diteruskan ke tiga lagi lokasi terpilih iaitu Taman Kosas di Ampang, Selangor, Kuala Kangsar di Perak dan PPR Taman Sri Keramat di Putatan, Sabah.

“Setakat ini, kita membayar RM400 hingga RM500 untuk sampah kitar semula yang berjaya dikutip di setiap lokasi dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Hari ini, contohnya, kita telah melantik 10 koordinator yang akan meneruskan program ini di PPR Padang Hiliran agar momentum kesedaran masyarakat dalam pengurusan sampah terus meningkat,” katanya.- BERNAMA

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4228,4225,4222,4219) ORDER BY meta_id ASC