WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32501) ORDER BY meta_id ASC

Proses buang undi individu positif COVID-19 dipercepat - SPR » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Proses buang undi individu positif COVID-19 dipercepat – SPR

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 15 Nov 2022 (The Capital Post): Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memastikan proses mengundi bagi individu positif COVID-19 di pusat pengundian di seluruh negara dilakukan dengan pantas bagi mengelak risiko penularan.

-Advertisement-

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata mereka yang positif perlu memaklumkan kepada pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai status kesihatan mereka sebelum hadir ke pusat mengundi.

“Selepas itu, pegawai perubatan KKM akan mengasingkan pengundi yang positif COVID-19 dan mereka akan mengundi dengan segera.

“Kita (SPR) cuba untuk memisahkan mereka dengan pengundi lain bagi mengurangkan kontek,” katanya selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di Presint 7 hari ini.

Selain itu, Dr. Azmi berkata, pengundi positif COVID-19 juga akan melalui ‘laluan khas’ daripada bersentuhan atau bergaul dengan pengundi lain.

Mengulas mengenai tinjauan perjalanan proses pengundian awal, beliau berkata, ia berjalan dengan lancar.

“Ini menunjukkan petanda yang baik kerana ramai pengundi keluar pengundi. Pusat mengundi akan dibuka sehingga jam 5 petang. Kita berharap semua akan OK dan tidak ada masalah setakat ini,” katanya.

Sementara itu SPR memaklumkan setakat jam 10 pagi peratusan keluar mengundi awal ada sebanyak 34 peratus.

-Advertisement-

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, semua individu positif COVID-19 wajib memakai pelitup muka ketika membuang undi, manakala pemakaian pelitup muka bagi pengundi lain adalah amat digalakkan.

Pengundi positif COVID-19 juga tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing, singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi, selain perlu pulang segera selepas selesai mengundi.

Seramai 1,386 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pasangan masing-masing dijangka membuang undi awal bagi PRU15 hari ini.

Dua pusat pengundian awal dibuka masing-masing di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Putrajaya, Presint 9 dan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), Presint 1.

-BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC