Prospek pendapatan F&N kekal positif

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR: Prospek pendapatan F&N tetap positif, berdasarkan impak keseluruhan dari pembukaan semula ekonomi, dasar yang akomodatif, sambutan perayaan yang lebih besar, kembalinya pelancong antarabangsa ke Malaysia dan Thailand, serta pemulihan jualan eksport yang disokong oleh mata wang yang lemah.

-Advertisement-

Sementara itu, risiko penurunan keuntungan lebih terkawal dengan lemahnya nilai dolar AS terhadap kedua-dua mata wang iaitu ringgit (-2.0 peratus) dan baht Thailand (-6.0 peratus), meskipun harga komoditi makanan kekal tidak stabil disebabkan ketegangan geopolitik yang berterusan, demikian mengikut Kenanga Research.

“Kami menggemari F&N atas beberapa faktor iaitu pemulihan kukuh permintaan produknya berikutan pembukaan semula ekonomi dan sempadan antarabangsa, terutamanya bagi minuman, produk siap minum; pemulihan jualan ekspot disebabkan produk yang lebih murah; permintaan kukuh makanan asas; penurunan inflasi yang meningkatkan penggunaan serta pemulihan di Thailand yang didorong oleh permintaan domestik dan kemasukan pelancong,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Keuntungan bersih F&N pada sembilan bulan 2023 adalah sebanyak RM351.4 juta, 81 peratus dari jangkaan sepenuhnya pada tahun ini dan 75 peratus dari anggaran konsensus bagi keseluruhan tahun (mengambil kira suku yang sedikit lemah pada suku keempat). Tiada dividen diumumkan kerana F&N biasanya mengumumkan dividen pada suku kedua dan keempat.

Perbandingan tahun ke tahun (YoY), pendapatan utama meningkat sebanyak 13 peratus dengan pertumbuhan yang kukuh di Malaysia (+19 peratus) dan Thailand (+5.0 peratus).

Jualan di Malaysia didorong permintaan semasa meusim perayaan, normalisasi ekonomi, kenaikan harga dan sumbangan penuh dari Cocoaland.

-Advertisement-

Sementara itu, jualan di Thailand disokong oleh pemulihan eksport dan penggunaan domestik, serta kembalinya perlahan-lahan pelancong, terutamanya pada suku ketiga.

Keuntungan sebelum faedah, cukai dan pelupusan (EBIT) meningkat sebanyak 29 peratus disokong peningkatan perbelanjaan pemasaran dan promosi (terutamanya di Thailand) dapat ditampung oleh harga komoditi yang lebih stabil.

Perbandingan suku ke suku (QoQ), pendapatan utama meningkat sebanyak 10 peratus dengan pemulihan jualan di Malaysia (+6.0 peratus) dan Thailand (+17 peratus).

– BH


Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373