WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (32353) ORDER BY meta_id ASC

PRU15: Pengundi PAS patut pangkah BN - Mohd Khairuddin » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

PRU15: Pengundi PAS patut pangkah BN – Mohd Khairuddin

Estimate Reading Time: 2 minutes

KUALA TERENGGANU, 31 Okt 2022 (The Capital Post): Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menasihatkan pengundi PAS memilih calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

-Advertisement-

Penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus itu berkata, ini kerana Perikatan Nasional (PN) yang disertai PAS, BERSATU dan GERAKAN tidak mampu menyekat kemaraan Pakatan Harapan (PH) dalam usahanya gabungan itu menerajui kepemimpinan negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi PAS mengundi calon BN bagi mengelak kemudaratan lebih serius apabila ‘membenarkan’ PH berada di tampuk pemerintahan negara.

Katanya, adalah wajib menghalang PH daripada menguasai tampuk pimpinan negara.

“PAS yang bergabung dengan BERSATU dan GERAKAN melalui PN tidak mampu untuk menghalang kemenangan PH.

“Hanya BN yang mampu menghalang kemenangan PH, berbanding parti gabungan PN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis bersama jentera BN Parlimen Kuala Nerus, di Seberang Takir, di sini, semalam.

Yang turut hadir, bekas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (DUN) Seberang Takir, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin yang juga bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata PAS tidak bersedia untuk berpakat dengan UMNO sedangkan matlamat bersama kedua-dua parti itu adalah untuk menyekat kemenangan PH.

-Advertisement-

“Menghalang mudarat PH adalah wajib dan mudarat itu mestilah dihilangkan dengan muafakat antara PAS dan UMNO yang besar sokongannya.

“UMNO kini mempunyai keahlian seramai 3.4 juta dan jika dicampur dengan ahli PAS seramai satu juta menjadikan keseluruhan sebanyak 4.4 juta orang, ” katanya.

Mohd Khairuddin berkata jika satu juta ahli PAS tidak menyokong BN, UMNO masih dilihat mampu memenangi kerusi Parlimen dan menguasai kepemimpinan negara, tetapi 3.4 juta ahli parti itu mesti mengundi calon BN.

Katanya, PN yang tidak mempunyai jentera walaupun PAS yang juga parti gabungan parti itu mempunyai satu juta ahli masih tidak mampu untuk menghalang kemaraan PH.

“Ahli PAS kena keluar mengundi dan pakah BN, pada pandangan saya orang PAS kekal dengan parti itu, tetapi keluar dan mengundi BN.

“Pimpinan PAS boleh kekalkan istiqamah dengan parti itu, tetapi pada PRU nanti mereka diminta mengundi BN untuk halang mudarat PH,” katanya.

-BH

(The Capital Post)

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (33809,33807,33788,33766) ORDER BY meta_id ASC