Pusat Media PRN Negeri Sembilan Perkukuh Kesiapsiagaan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PORT DICKSON 30 Julai 2026, (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah, meninjau kesiapsiagaan Pusat Media Kementerian Komunikasi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Paya bagi memastikan kemudahan dan operasi media berada pada tahap terbaik menjelang hari pengundian.

Lawatan tersebut bertujuan menilai tahap persediaan pusat media dalam menyediakan kemudahan kepada pengamal media sepanjang liputan pilihan raya yang dijadual berlangsung pada 1 Ogos ini.

Sebanyak tiga Pusat Media Utama yang terletak di Seremban, Port Dickson dan Kuala Pilah, bersama 60 Pusat Media Sokongan di seluruh NADI Negeri Sembilan, kini bersiap siaga bagi memastikan penyampaian maklumat kepada orang ramai dapat dilaksanakan secara tepat, pantas dan berkesan.

-Advertisement-

Datuk Abdul Halim turut menekankan kepentingan penyediaan kemudahan yang kondusif kepada pengamal media, termasuk capaian internet yang stabil serta sokongan logistik yang mencukupi bagi melancarkan urusan liputan sepanjang tempoh pilihan raya.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat, Naim Fahmi Ahmad Tajuddin, serta Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Mohd Sabri Abdullah. – The Capital Post