PETALING JAYA 31 Julai 2026, (The Capital Post) – PUSPAKOM menerima kunjungan delegasi daripada Kementerian Pengangkutan Thailand ke ibu pejabatnya baru-baru ini bagi meninjau secara dekat pelaksanaan operasi Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak yang diperkenalkan oleh syarikat tersebut.
Delegasi yang terdiri daripada lapan orang wakil berpeluang memahami keseluruhan proses perkhidmatan berkenaan, termasuk aspek perancangan operasi, penyelarasan aktiviti serta kaedah penyampaian perkhidmatan pemeriksaan kepada pelanggan.
Sebagai peneraju awal Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak di rantau Asia Tenggara, pengalaman dan kepakaran PUSPAKOM terus menjadi rujukan kepada negara-negara ASEAN dalam usaha membangunkan sistem pemeriksaan kenderaan bergerak yang lebih sistematik dan berkesan.
-Advertisement-
Perkongsian pengetahuan antara kedua-dua pihak itu bukan sahaja memperkukuh hubungan kerjasama serantau, malah mencerminkan usaha bersama dalam mempertingkat keselamatan, kecekapan serta kemudahan sistem mobiliti untuk masyarakat. – The Capital Post