Ramadan: Kantin tak perlu tutup walaupun pelajar bukan Islam sikit – Fadhlina

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 22 Mar 2023 (The Capital Post): Kementerian Pendidikan (KPM) menyarankan operasi kantin diteruskan seperti biasa pada Ramadan walaupun jumlah pelajar bukan Islam tidak ramai di sesebuah sekolah itu.

-Advertisement-

Menterinya, Fadhlina Sidek, menekankan tiada keperluan untuk operasi kantin ditutup kerana tidak mahu wujud lagi senario pelajar makan di dalam stor atau di tepi longkang.

“Yang kita hendak tegaskan ialah soal keperluan kita menyantuni kanak-kanak bukan Islam walaupun dalam Ramadan… kerana ini adalah Kerajaan Madani, kerajaan inklusif yang mana kedua-dua pihak perlu saling menghormati.

“Mereka yang berpuasa kena santuni yang tidak berpuasa, yang tidak berpuasa kena belajar menghormati mereka yang berpuasa. Justeru, saya menyarankan pengusaha kantin untuk terus buka kerana ada kanak-kanak di sekolah rendah yang tidak wajib lagi berpuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Pek Kembali ke Sekolah Yayasan PETRONAS 2023, di Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Jalan Batu (L), di sini, hari ini.

-Advertisement-

Berita lanjut menyusul

-BH

(The Capital Post)